Pekeliling yang paling ditunggu-tunggu oleh warga perkhidmatan awam Malaysia, iaitu Pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi Pegawai Perkhidmatan Persekutuan telah dikeluarkan secara rasmi hari ini melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 tahun 2011, berkuatkuasa 1 Januari 2012.
Jika anda tidak dapat memuat-turun (download) pekeliling tersebut melalui laman web JPA, anda boleh juga membuat demikian dari sini:
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 tahun 2011: Pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi Pegawai Perkhidmatan Persekutuan
Lampiran B2: Senarai Skim Perkhidmatan Di Bawah SBPA: Teknologi Maklumat (F)
Lampiran B4: Jadual Pemindahan Gred Jawatan Dari SSM Kepada SBPA: KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL
[lampiran lain tidak disertakan]
Walaubagaimanapun, bahagian yang paling menarik perhatian ramai iaitu Lampiran C belum diterbitkan oleh JPA dengan notis: “Sila rujuk Bahagian Sumber Manusia Kementerian/Jabatan/agensi masing-masing bagi urusan mengenai Lampiran C.”
Perbandingan awal gaji SSM dan SBPA:
Pemandu (gaji + elaun)
Minimum SSM: RM1,222
Minimum SBPA: RM1,425
Maksimum SSM: RM1,882
Maksimum SBPA: RM,2965
Gred 48
Minimum SSM: RM4,431
Minimum SBPA: RM4,520
Maksimum SSM: RM6,439
Maksimum SBPA: RM8,840
Menurut KPPA pada 6 Disember:
SSM J17 = SBPA J4-1, RM980-RM2805, Kenaikan Gaji Tahunan RM95
SSM J22 = SBPA J4-3, RM1935-RM3545, Kenaikan Gaji Tahunan RM115
SSM J26 = SBPA J4-5, RM2290-RM4040, Kenaikan Gaji Tahunan RM125
SBPA JA3-1, RM1410-RM4185, Kenaikan Gaji Tahunan RM145/150
SSM J29 = SBPA J2-1, RM1565-RM4340, Kenaikan Gaji Tahunan RM145/150
SSM J36 = SBPA J2-4, RM3035-RM5555, Kenaikan Gaji Tahunan RM 180
SSM J38 = SBPA J2-5, RM3410-RM6140, Kenaikan Gaji Tahunan RM 195
Popularity: 2% [?]