Chronicles @ bengodomon.com |
  • Home
  • About
  • Contact
  • Site Policies
  • Users online
  •  




    What’s the difference: meeting, coloqium, symposium, forum, seminar, conference, convention?

    April 12th, 2007

    According to Dr Razak Dali, 4th April 2007.

    1. MEETING (mesyuarat)
    perjumpaan/pertemuan oleh sesuatu badan/persatuan/kumpulan yang terdekat dengan tujuan menyelesaikan beberapa masalah melalui proses perbincangan, dua jenis mesyuarat iaitu:

    • taklimat (satu hala sahaja); dan
    • mesyuarat jawatankuasa (dua hala) untuk menyelesaikan masalah, mesti ada agenda yang disusun dan perbincangan diadakan secara tersusun dan bertatacara serta dipengerusikan oleh seorang pengerusi mesyuarat, ahli mesyuarat dilantik dan boleh bersuara/memberi pendapat, kehadiran tidak bebas iaitu harus dijemput sama ada sebagai ahli mesyuarat ataupun pemerhati (pemerhati ataupun wakil tidak boleh secara bebas memberi pandangan ataupun memberi cadangan sebab mesti mendapat persetujuan ketua jabatan sebelum dibenarkan membuat sesuatu keputusan yang melibatkan jabatannya)

    2. COLOQIUM (kolokium) – satu perjumpaan/persidangan dalaman iaitu di kalangan anggota sesuatu jabatan/pusat yang bersifat akademik/ilmiah dan tidak formal, perbincangan tentang sesuatu tajuk yang bersifat falsafah/konsep/prinsip yang dibentangkan oleh seseorang ahli (biasanya tiada pengerusi), tidak perlu satu keputusan dicapai/tiada resolusi dicapai, boleh juga dibuat kolokium yang lebih luas tetapi kehadiran atas jemputan, tetapi kolokium dalaman boleh bersifat bebas kehadirannya, biasanya dibuat pada luar waktu pejabat yang berlangsung selama satu atau dua jam.

    3. SYMPOSIUM (simposium) – pertemuan antara para cendekiawan yang membincangkan sesuatu tajuk (mungkin berdasarkan sesuatu tema) yang dibentangkan oleh lebih daripada seorang pembentang, kehadiran tidak terbuka tetapi berdasarkan jemputan, ada resolusi/keputusan yang dicapai.

    4. FORUM – perjumpaan untuk membincangkan satu perkara/tema yang menjadi kepentingan awam secara terbuka, panel terdiri daripada seorang pengerusi dan beberapa ahli forum (pemforum) dipilih dan dilantik, diberitahu kepada panel apakah yang akan ditanya dan panel membuat persediaan, perbincangan berbentuk terkawal dan pada akhir majlis akan dibuka kepada para hadirin/audiens untuk mengemukakan soalan, tiada resolusi dicapai.

    5. SEMINAR – satu perjumpaan yang besar yang membincangkan satu tema yang dipecahkan kepada beberapa subtajuk yang ditangani oleh beberapa orang yang sama ada dijemput untuk membentangkannya ataupun atas permintaan pembentang, dalam beberapa sesi selari (parallel sessions) yang mungkin memakan masa antara satu hingga lima hari, ada pengerusi ataupun pengacara majlis, ada ucaptama (ucapan utama), ada pelapor yang mencatat apa yang tidak tercatat di dalam kertas kerja yang sedang dibincangkan secara ringkas, pada akhir sesi dibuka untuk soalan, akhirnya ada satu sesi planery/sidang pleno untuk membuat rumusan/keputusan, kehadiran atas jemputan/permintaan audiens.

    6. CONFERENCE (konferens) – lebih besar daripada seminar (kadang kala boleh terdiri daripada ratusan/ribuan peserta), pertemuan secara formal untuk bincang/bertukar-tukar pendapat dan maklumat di kalangan pihak-pihak yang mempunyai minat dan kepentingan bersama (muktamar/persidangan).

    7. CONVENTION (konvensyen) – perjumpaan yang paling besar (biasanya dalam dunia korporat), ada kalanya mencecah beribu-ribu orang, akan membincangkan sesuatu perkara, yang membincangkan isu kepentingan bersama, contoh konvensyen UMNO, konvensyen Yamaha dll.

    Popularity: 1% [?]

    • Digg
    • del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Technorati
    Did you enjoy this post? Please Subscribe via RSS or email.

    Related posts

  • Dewa 19 will have a meet-the-fan session at Centre Point, Kota Kinabalu, 15th Dec 2007, 2pm
  • Presenting a paper at a seminar held in a 5-star resort
  • Why I think straight-away brainstorming is bad
  • CIO meeting: 26th July 2006: Pan Pacific Sutera
  • Do not wear this watch to a dead serious corporate meeting
  • RSS feed | Trackback URI

    Comments »

    Note: if your comment does not appear immediately - it is being held in moderation. I will make it visible as soon as possible. Thanks for your comment!

    No comments yet.

    Name (required)
    E-mail (required - never shown publicly)
    URI

    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Subscribe without commenting