Chronicles @ bengodomon.com |
  • Home
  • About
  • Contact
  • Disclosure Policy
  • Links
  • Users online
  •  




    Quantitative Analysis Course, Day 3-4, 2-3 April: Dr Razak Dali, Malaysia’s top reading expert (Part II)

    April 6th, 2007

    Tanda bacaan

    Tanda titik (.), tanda soal (?), dan tanda seru (!) sama konsepnya iaitu untuk menutup ayat, selepas tanda ini mesti guna huruf besar.

    ( ) parentheses/kurungan [bulat] (parentesis) - NOT “brackets”!

    [ ] bracket/kurungan siku - NOT “square brackets”!

    { } braces/curly bracket/kurungan dakap

    ([ ]) dibenarkan dalam penulisan (((([ ]))))

    contoh:
    Kita daripada pelbagai kaum di Malaysia (Cina, Melayu, India, suku kaum di Sabah (Kadazandusun, Bajau, Murut, dll.) dan suku kaum di Sarawak (Dayak [Iban, Bidayuh], Melanau, dll.)) haruslah hidup dalam suasana aman.

    [( )] tidak dibenarkan dalam penulisan kreatif dan ilmiah (tetapi dibenarkan dalam penulisan bidang kimia/fizik/matematik/statistik/sains)

    ! tanda seru – diletakkan pada akhir ayat seru, bukannya selepas kata seru

    , koma – diletakkan selepas kata seru dalam ayat seru

    contoh ayat yang betul: Wah, cantiknya baju Aminah!
    contoh ayat yang salah: Wah! Cantiknya baju Aminah.

    , koma – diletakkan dalam pengikat kata bagi ayat cakap ajuk/dialog untuk menutup ayat sebelum diletakkan penutup pengikat kata. “Ahmad, tolong ambilkan saya beg itu,” kata Ali.

    Ia digunakan sebelum perkataan “dan” apabila ada tiga atau lebih perkara/keluarga yang sama (berpandukan American Psychological Association Publication Manual)

    ; (semicolon) digunakan untuk memisahkan dua kumpulan barang/perkara yang berbeza.

    Contoh:
    Saya pergi ke pasar membeli ikan tenggiri, cencaru, kembung, dan pari.
    Saya pergi ke pasar membeli ikan tenggiri, cencaru, kembung; dan tiga helai baju.
    Saya membeli daging ayam, lembu, dan kambing.

    Bandingkan dengan ayat:

    Saya membeli daging ayam, lembu; dan kambing.
    Saya nampak burung nuri, cak, tiung, dan hantu di atas pokok. (semuanya jenis burung)
    Saya nampak burung nuri, cak, tiung; dan hantu di atas pokok. (tiga jenis burung dan HANTU)

    “ ” dua pengikat kata, digunakan untuk menulis dialog, memetik quotation secara verbatim (diindentasi di kiri dan di kanan, dipisahkan dengan satu baris [single spacing] sahaja, biasanya font yang lebih kecil digunakan).

    ‘ ’ satu pengikat kata, digunakan untuk memetik istilah, citation, frasa ataupun klausa (duduknya di dalam perenggan apabila dipetik terus di dalam penulisan kita), ataupun petikan ini duduknya di dalam satu petikan quotation lain.

    : colon/titik bertindih jika yang mengikutinya ialah ayat yang lengkap ataupun nama khas gunakan huruf besar bagi permulaan ayat itu, tetapi bagi frasa ataupun klausa, gunakan huruf kecil sahaja.

    Contoh:

    Pilih kumpulan yang mengandungi alat tulis:
    buku, pen, dan pensel,
    gunting, kapur, dan pembaris,
    pen, pemadam, dan kertas, dan
    krayon, kertas A4, dan pisau.

    :- tidak wujud tetapi selalu digunakan oleh penjawat jawatan awam di Malaysia!

    … (elipsis) tiga titik sahaja dibenarkan, bermaksud menggantikan sebahagian daripada satu ayat yang ditinggalkan/tidak mahu dipetik keseluruhannya, penggunaannya terhad pada bahagian ayat yang tidak hendak dilengkapkan, dalam penulisan ilmiah ia tidak boleh diletakkan pada permulaan ayat kecuali setelah ditulis beberapa perkataan/frasa/klausa sebagai permulaan.

    Contoh:
    “… secara berleluasa.” (salah)
    “Penebangan pokok … secara berleluasa.” (betul)

    (boleh juga diletakkan empat titik yang melambangkan nokhtah dan elipsis yang memberi makna bahawa ada lebih daripada satu ayat yang ditinggalkan)

    “Pemuda-pemudi di kampung itu …. pelbagai bantuan diberikan untuk menggalakkan mereka berdikari.” (betul) - lebih daripada satu ayat ditinggalkan.

    / slash (palang) - pada umumnya ini membawa maksud atau tetapi dalam matematik ia bermaksud par (daripada) 7/10 bermaksud tujuh daripada 10.

    Contoh penggunaan:
    b/p (salah)
    b.p. (betul)
    u/p (salah)
    u.p. (betul)
    s/k (salah)
    s.k. (betul)

    dalam penulisan ekspositori nombor 1 - 9 mesti dieja tetapi nombor 10 ke atas ditulis nombor, tidak perlu memasukkan ejaan angka itu di dalam kurungan seperti 5 (lima)/ 2 (dua), ataupun lima (5), dua (2).

    Di penghujung surat, apabila menulis cogan, maksimum boleh gunakan 2 cogan, cogan negara di atas dalam huruf besar dan 2 pengikat kata. Cogan jabatan diletakkan di bawahnya dalam huruf kecil dan 1 pengikat kata.

    Contoh:
    “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

    ‘Kepuasan Pelanggan Keutamaan Kami’

    Untuk menggunakan tanda bacaan yang betul, rujuk pada publication manual dari luar negara iaitu Modern Language Association (MLA), American Psychological Association (APA), Turabian, Chicago, Harvard dll. ataupun yang diterbitkan di Malaysia seperti
    Gaya Dewan ataupun keluaran universiti tempatan.

    These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
    • Digg
    • del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Technorati
    Did you enjoy this post? Please Subscribe via RSS or email.

    Related posts

  • Quantitative Analysis Course, Day 3-4, 2-3 April: Dr Razak Dali, Malaysia’s top reading expert (Part III)
  • Quantitative Analysis Course, Day 3, 30th March
  • 28 March - 10 May 2007: Quantitative Analysis Course
  • Days of the week in the Malay language
  • Quantitative Analysis Course, Day 2, 29th March
  • RSS feed | Trackback URI

    Comments »

    Note: if your comment does not appear immediately - it is being held in moderation. I will make it visible as soon as possible. Thanks for your comment!

    No comments yet.

    Name (required)
    E-mail (required - never shown publicly)
    URI

    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Subscribe without commenting

    Kontera Control keeps Kontera links where they belong.