Quantitative Analysis Course, Day 4-5, 2-3 April: Dr Razak Dali, Malaysia’s top reading expert (Part I)
April 4th, 2007
These 2 days were spent with Dr Razak Dali, DEd, 62 who’s still the only Malaysian holding a doctorate in reading. Together with his wife, Sharifah Tan Sri Syed Hassan Aidid, they are language consultants to Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), public institutions of higher learning and other bodies.We went through the nitty-gritties of academic reading and writing. His teaching style is as irreverent as Zainal’s, but surely with more class. He’s very frank: he said he’s being paid RM400 per hour by INTAN for his services. Hmm… that means about RM6,000 for 2 days’ work. Not bad at all.
It was truly a privilege to spend time with such giants in the national language.
Here are some of the things he said:
- There’s no such thing as a bad book - you dont understand what the author is saying because you dont have prior knowledge of the subject matter. Reading is only effective if information being read can be tied to information that already exists inside the reader’s brain.
- there is no such thing as speed reading - it’s merely a gimmick. You can only read fast (and benefit from it) if you are reading materials which topic is your field of expertise.
- A graduate student should spend their working hours (assuming they’re doing it fulltime): 60% reading, 30% writing, 10% talking (discussion). Reference should be only 30% books (usually based on 10 years’. The majority should be from journals due to its leading-edge nature.
He gave many language tips - he encouraged us to spread them around - they include the following:
Perbezaan antara “sungguhpun” dengan “walaupun/kendatipun/jika”
Sungguhpun – digunakan pada situasi yang sebenarnya berlaku/wujud/nyata.
Walaupun – digunakan pada situasi yang tidak benar/belum berlaku/tidak mungkin berlaku, seerti dengan kendatipun, kalaupun. Contoh ayat: Walaupun hidup seribu tahun kalau tidak sembahyang tiada gunanya.
Perbezaan antara: nyatakan (state), terangkan (explain), jelaskan (describe), huraikan (elaborate)
Nyatakan - berikan satu kenyataan dengan amat ringkas/ayat tajuk (hanya idea utama tanpa idea kawalan) yang ringkas sahaja, biasanya dalam bentuk frasa/klausa sahaja (the bare facts/outline sahaja) tentang sesuatu perkara, berbentuk point form/penyenaraian/listing; yang diberikan ialah idea utama sahaja.
Terangkan – berikan isi/idea utama dan idea sokongan sahaja di dalam ayat tajuk yang penuh/lengkap sahaja.
Jelaskan – berikan idea utama, idea kawalan dan idea sokongan dan juga sedikit contoh.
Huraikan – memberi sesuatu jawapan/penerangan secara satu persatu dengan teliti dan terperinci dengan mencari puncanya (ada isi/idea utama, isi/idea sokongan, dan contoh-contoh yang jelas dan tepat secara tersusun dan teratur) tentang satu perkara
sahaja untuk menjawab soalan explisit (what, who, when, where) mesti nyatakan atau terangkan untuk menjawab soalan implisit (why dan how) sekurang-kurangnya mesti jelaskan ataupun huraikan.
Perbezaan antara kejadian, peristiwa dan perlakuan
Kejadian - acts of god, perkara yang berlaku yang tidak dapat dielakkan, takdir.
Peristiwa - kombinasi kejadian/act of god dan perlakuan manusia.
Perlakuan - perkara-perkara yang dibuat oleh manusia.
Perbezaan antara: matlamat, tujuan, objektif (aims, goals, objectives)
Matlamat – pada peringkat tinggi (sesuatu yang hendak dicapai apabila dibincang pada peringkat falsafah), belum dilaksanakan lagi/belum dicapai lagi, hanya berteraskan/berpandukan falsafah/konsep/teori; biasanya pada peringkat wawasan ataupun baru pada peringkat perbincangan, digunakan oleh pembuat dasar; matlamat tidak banyak, biasanya satu sahaja.
Tujuan – untuk dilaksanakan/diamalkannya/dicapai; memang boleh dilakukan tetapi belum dilaksanakan; berasaskan prinsip dan rasional, peringkat lebih tinggi daripada objektif, tujuan selalunya tidak boleh banyak kerana setiap satu tujuan ada banyak objektif pula, digunakan oleh pembuat perancangan, peringkat kurikulum jika di dalam bidang pendidikan
Objektif – (behavioral) untuk mendapatkan sesuatu/pencapaiannya/hasil sebenarnya/perlakuan apabila dilaksanakan, contohnya pengajaran di dalam bilik darjah adalah untuk mencapai sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran, boleh diukur dan dinilai, digunakan oleh mereka yang melaksanakan sesuatu tugas/kerja
Perbezaan antara: pendekatan (approach), kaedah (method), teknik (technic), dan cara (ways/means)
Pendekatan – berasaskan falsafah, konsep, idea, dan teori (belum terlaksana, pembuat dasar), pendekatan kualitatif ataupun kuantitatif, totalitarian, dictatorial, islamic, kasih sayang.
Kaedah – untuk melaksanakan pendekatan ada kaedah melaksanakan sesuatu seperti pelaksanaan pengajaran/pembelajaran di dalam bilik darjah (contoh kaedah survey, kaedah terus/langsung, student-oriented, pujukan, dakapan, ciuman).
teknik – cara melaksanakan sesuatu/amali (contoh: kaedah survey boleh dilaksanakan melalui teknik temu ramah secara terus/face to face, teknik soal selidik/hantar soalan, pujukan dengan kata-kata/pemberian; ciuman di dahi/pipi/ubun-ubun, dll.)
Cara - (objektif spesifik) memberi langkah demi langkah melaksanakan sesuatu (bagaimana hendak memberi ciuman, bagaimana hendak memberi sesuatu kata-kata/pemberian).
Perbezaan antara bandingkan (compare) dengan bezakan (contrast)
Bandingkan – melihat pada dua benda yang sama dengan melihat pada sifat-sifat yang sama dan sifat-sifat yang berbeza yang ada pada kedua-duanya.
Bezakan – melihat pada dua benda yang berbeza dan melihat pada ciri-ciri yang membezakan kedua-duanya, iaitu sifat-sifat yang berlainan sahaj.
Perbezaan antara ulasan (review), ulasan kritis (critical review), kritik/komen (critic/comment)
Ulasan (review) - memperkatakan hanya yang baik/positif sahaja tentang sesuatu perkara (kelemahan/keburukan tidak dinyatakan).
Ulasan kritis (critical review) - memperkatakan yang baik/positif tentang sesuatu perkara dan boleh juga memberi pendapat/pandangan sendiri yang negatif terhadap sesuatu dengan memberi fakta atau dalil dan jika boleh memberi saranan ataupun pilihan alternatif.
Kritik/komen - memperkatakan sesuatu yang menunjukkan perbezaan pendapat dengan penulis/menyatakan sesuatu yang dirasakan buruk tentang sesuatu perkara, mengenal pasti kesilapan dengan menunjukkan bukti kesilapan dan memberi alternatif/alasan/cadangan untuk membetulkan keadaannya. Orang yang boleh mengkritik ialah orang yang pakar/tahu di dalam bidang itu.
Perbezaan antara abstrak, ringkasan dan sinopsisAbstrak - ringkasan untuk laporan kajian/penyelidikan di dalam jurnal, seelok-eloknya memberi:
1. mengapa kajian dijalankan
2. bagaimana ia dijalankan
3. hasil kajian
ditulis di dalam satu perenggan dan tidak lebih drp. 970 aksara/120 p.p. (APA); tiga perenggan dan tidak lebih drp. 120 p.p. (MLA)
Ringkasan - ringkasan utk laporan bahan-bahan ilmiah yang bukan berbentuk kajian/penyelidikan, menjawab soalan:
1. mengapa laporan ditulis
2. apakah hasilnya
Sinopsis - ringkasan utk laporan bahan kreatif/naratif.
Perbezaan antara tahu dan boleh menulis
Tahu menulis - seseorang itu mesti tahu tentang apa yang ada dalam sesuatu perenggan – ada ayat tajuk dan di dalam ayat tajuk ada idea utama dan idea kawalan serta ada pula idea sokongan.
Boleh menulis - ada mekanik menulis iaitu kebolehan memegang alat tulis dan melakarkan sesuatu di atas kertas dengan menggunakan sistem tulisan yang ada.
———————-
I will continue in the next part.




Note: if your comment does not appear immediately - it is being held in moderation. I will make it visible as soon as possible. Thanks for your comment!
No comments yet.